Otis Elevator Company
Otis Elevator Company

Otis Elevator Company

Otis Elevator Company ialah pengilang sistem pengangkutan menegak terbesar masa kini, terutamanya pembinaan lif dan tangga gerak. Syarikat yang ditubuhkan oleh Elisha Otis di bandar Yonkers, New York, Amerika Syarikat pada tahun 1953 ini, merupakan perintis pembangunan lif keselamatan ciptaan Otis yang menggunakan mekanisme khas yang menahan gerabak lif sekiranya tali angkatnya tidak berfungsi.Otis telah memasang lif di sebilangan struktur terkemuka di dunia, termasuk Menara Eiffel, Bangunan Empire State, World Trade Center, Petronas Twin Towers, Burj Khalifa, Menara CN dan Menara Skylon.